Tuesday, 20 March 2012

Final Projek - Mesin Racik Palete..

olla..olla..hyep.. 


cakap mengenai final projek kitaorang ialah pertama sekali..ALHAMDULILLAH..
terima kasih ya allah..tadi pergi bengkel 90%  projek hampir siap..so mungkin esok akan hantar masuk kat bengkel di polimas..just nak cat sikit dan tampal plate logo..lepas tu buat demonstration untuk penghasilan mesin ini..


ni la rupa rangka projek kitaorang..50% siap..


second..sekarang tengah berusaha dengan pulun dan gigihnya untuk menyiapkan buku laporan projek yang berbagai-bagai isi kandungannya lah..penat la..(mengeluh sekejap)..dan jumlah keseluruhannya projek kitaorang ialah RM1500..bagi student macam kitaorang ni jumlah itu agak besar okey..bahagi 5 dapatlah sorang kena bayar RM300..


mereka..fauwaz,sarni,aino..my group..


ketiga..ialah mengenai perasaan yang selalu bikin panas..apakah??..sebenarnya untuk projek ini afi rasa secara peribadi afi sendiri afi xbagi 100% komitmen yang baik..yelah kadang-kadang rasa macam diri tak diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang kita mampu..b'coz kdg2 afi faham perasaan nak buat sendiri projek ni..macam perlian budak kelas yang lain kata..apa guna belajar sampai sem 6 tapi xmampu nak aplikasikannya..weii terasa dalam kot..


tujelah nak story mory kat mrdiary..
mood nak tidoooooooooo..
adioosss..(^_^)v
 plez pray the best for me okey.

Monday, 19 March 2012

sEm 6

olla..olla..
tup2 dah semester 6..haha..terserlah kemalasan nak update blog..weee~~~


so mrdiary..almost 3 bulan dah belajar di semester akhir ni..berangkak, berjalan, berlari untuk mengejar cita-cita demi menamatkan pelajaran dan memperolehi segulung diploma Kejuruteraan Mekanikal..


so afi akan cakap pasal subjek sem 6 dulu..
1. dah nama sem akhir so subjek yang terakhir paling susah..to much formula n application..antara subjek yang kitaorang ambik sem ni ialah TERMODINAMIK II, KAJIDAYA BAHAN II, KAJI  DAYA MESIN II, MATHEMATICS, ROBOTIK, ENGLISH..pening??..xpayah cakap la..bukan setakat pening tapi migrain terus..haha..so i need more focus..


ini la kawan sekelas saya yang muka happy dah habis kelas..horeeyy..
2. mengenai final projek..kitaorang kena merekabentuk sebuah mesin (apa2 jer) yang melibatkan kejuruteraan mekanikal..so my group ada 5org..aino,sarni,hazim,fauwaz dan saya..bulan pertama dan kedua adalah masa HONEYMOON kitaorang daripada final projek..means that, datang bengkel just tanda kehadiran n balik bilik tido..haha..bgus kan..


ni time nak buat final projek ni..post dulu..hee~~~


3. so gerak kerja serius kitaorang bermula bulan 3..satu demi satu halangan datang menimpa2 waktu nak buat final projek kitaorang yang merupakan sebuah MESIN RACIK PALETE..alhamdulillah setakat saat afi tulis blog ni progres final projek berjalan dengan sederhana lancar..nak tak nak..semua perkara yang MELIBATKAN mesin ini kena selesaikan minggu ini.. sebab tarikh pembentangan final projek ialah 26/03/2012 (minggu depan wei hari isnin)..fuhhhh berdebar...


ini depan bengkel kejuruteraan loji with ainno E..

so itu je lah nak potpetpotpet untuk hari..
mood afi dah mengantuk..bye mrdiary..
plez pray the best for me okey..
jaga diri jaga peribadi